Wednesday, December 29, 2010
Final Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2010
Malam 29 Disember 2010 merupakan detik keramat akhir final Malaysia vs Indonesia di dalam pertarungan epik bola AFF Suzuki Cup 2010. Pasti teruja.. Kebangkitan Harimau Malaya merupakan satu detik bersejarah yang pasti diingati buat tahun 2010 ini. Sehingga kini pasukan Malaysia mempunyai kelebihan agregat 3 - 0 yang mana boleh menyukarkan Indonesia malam final ini di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.
Apapun kita doakan kemenangan terhebat Harimau Malaya mengatasi Garuda dan menutup tirai akhir tahun 2010 dengan menjulang trofi kemenangan yang dinanti-nantikan. Bagi semua rakyat Malaysia kita terus memberikan sokongan tak berbelah bahagi dan doakan kejayaan dalam genggaman kita semua.
Hidup Malaysia !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment