Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara AFF Suzuki 2011 (4-2)

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini. Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan. Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu. Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71. Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87. Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum. Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan. Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

(4 - 2) Final Result Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2011

Goalkeeper Malaysia Khairul Fahmi

Malaysia vs Indonesia First Half Highlights 2010 AFF Suzuki Cup

Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)

Final Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2010



Malam 29 Disember 2010 merupakan detik keramat akhir final Malaysia vs Indonesia di dalam pertarungan epik bola AFF Suzuki Cup 2010. Pasti teruja.. Kebangkitan Harimau Malaya merupakan satu detik bersejarah yang pasti diingati buat tahun 2010 ini. Sehingga kini pasukan Malaysia mempunyai kelebihan agregat 3 - 0 yang mana boleh menyukarkan Indonesia malam final ini di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.

Apapun kita doakan kemenangan terhebat Harimau Malaya mengatasi Garuda dan menutup tirai akhir tahun 2010 dengan menjulang trofi kemenangan yang dinanti-nantikan. Bagi semua rakyat Malaysia kita terus memberikan sokongan tak berbelah bahagi dan doakan kejayaan dalam genggaman kita semua.

Hidup Malaysia !